Photobucket Pertama sekali selamat datang ke laman blog saya! moga anda dapat manfaat dari input dan hasil coretan ringkas yang saya sisipkan. اهلان و سهلان و مرهبا بكم SELAMAT BERPUASA kepada semua sahabat dan seluruh umat islam, semoga ramadhan kali ini penuh bermakna. menjadi titik mula perjuangan kita yang seterusnya berjihad di jalan Allah S.W.T. moga dalam bulan ramadhan ini kita di beri semangat untuk hapuskan kezaliman dalam diri dan penindasan terhadap kaum muslimin muslimat di mana saja di muka bumi Allah yang maha kaya.

Wednesday, August 11, 2010

PENGENALAN

KHALIFAH AR-RASYIDIN
khulafah ar-rasyidin atau khulafah ar-rasyidun (jamak kepada khlaifah rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka adalah sahabat terdekat rasulullah dan menjadi waris kepimpinan rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad S.A.W. . Sistem [pemilihan terhadap khalifah adalah berbeza-beza, hal tersebut terjadi kerana para sahabat menganggap bahawa Nabi Muhammad S.A.W. tidak memberikan petunjuk yang jelas mengenai pengganti beliau. perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelumnya. selepas pemerintahan ini, kerajaan islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. khulafah ar-rasyidin terdiri daripada empat sahabat nabi yang terkenal, iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah islam yang pertama, Saidina Umar Ibnu Khatab khlaifah yang kedua, Saidina  Uthman Ibnu Affan sebgai khlafiah yang ketiga dan Saidina Ali bin Abi Talib khalifah keempat.